Let me be your STAR!

Pernah tak anda terfikir kenapa anda suka sangat sesuatu lagu tu?? Jawapannya senang sahaja... sama ada anda memang betul-betul suka lagu tu, atau lagu tu ada kena mengena dengan anda atau mungkin sesuatu lagu tu mengingatkan anda pada seseorang, atau mungkin lagu tu anda nak tujukan dekat orang istimewa, atau pun ape2 je la!
Begitu juga dengan saya... selain lagu Terukir di Bintang, Lagu di bawah ni juga salah satu lagu yang bermakna untuk saya...mungkin sebab lirik dia ada bintang jugak kot! Hehehehe ;)

~Let Me Be The Star~
Fade in on a girl
With a hunger for fame
And a face and a name to remember
The past fades away
Because as of this day
Norma Jean's is gone
She's moving on

Her smile and your fantasies
Play a duet
That will make you forget
Where you are
The music starts playing, It's the beat of her heart saying
Let me be your star

Flashback to a girl
With a song in her heart
As she's waiting to start the adventure
The fire and drive
That make dreams come alive
They fill her soul
She's in control

The drama, the laughter
The tears just like pearls
Well they’re all in this girl’s repertoire
It’s all for the taking
And it’s magic we’ll be making
Let me be your star
I just have to forget the hurt that came before
Forget what used to be
The past is on the cutting room floor
The future is here with me, choose me

Fade up on a star
With it all in her sights
All the love and the lights That surround her
Someday she'll think twice
Of the dues and the price
She'll have to pay (She'll Have to pay)
But not today (But not today)
She'll do all she can
For the love of one man
And for millions who love from afar
I'm what you've been needing
It's all here and my heart's pleading
Let me be your star

LogikaTerukir Di Bintang

Saya sangat suka lagu ini. Sepertinya nak tujukan kepada semua orang yang saya sayang...cumanya ada beberapa bait lirik ni saya rasa macam melampau sangat contohnya:
"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu...tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu..."
Secara logikanya, intan permata ada dijual di kedai2 emas intan permata...tapi bintang? Tinggi kot! Dr.Sheikh Muzaffar pun tak mampu...
Tapi itulah namanya puitis di dalam lagu....itu menunjukkan kasih sayang cinta dia sangat dahsyat...hehehe...apa2 pun lagu ini sangat best! Congrats Yuna! I support you! ;)
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu...
Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...
Untuk Yuna, lagu ini sangat best dan sangat bermakna...wahhhh shapa,tadi sibuk nak cakap pasal logika la kan...hehehehe....

Kerana SMASH, baru ku tahu...


Korang familiar tak dengar SMASH? Ala, TV Series yang bakal akan disiarkan di Astro Diva 702~sila refer poster di atas.
"SMASH is an American musical drama series created by Theresa Rebeck and produced by Stevem Spielberg. The show revolves around the creation of a new Broadway Musical based on the life of Marilyn Monroe..."
So, faham tak? Heheehe...sebenarnya saya bukan nak cerita pasal SMASH ni. Saya cuma nak cerita yang kerana rancangan SMASH ni, baruah saya tahu sesuatu fakta (fakta ni xdelah penting sangat pun!). Disebabkan Astro Diva 702 tu asyik buat iklan SMASH dan setiap kali iklan mesti dua orang perempuan (1 rambut hitam & 1 rambut blonde) atau 4 orang wanita Malaysia ni tengah nyanyi lagu "Let Me beThe Star"...Disebabkan asyik dengar lagu tu je sambil terngiang2 kat telinga, so saya surf la mp3 lagu ni, dan akhirnya saya jumpa la. Lepas dah cari lagu saya cari lirik sekali...lepas tu saya jumpa ada satu part lirik tu:
"Norma Jean's is gone, She's moving on...."
So saya terfikir, siapa lak Norma Jean ni kan. So, apalagi dengan bantuan Encik Google, saya pun jumpa la seperti di bawah:
"Marilyn Monroe...born Norma Jean Mortenson...but baptized and raised as Norma Jean Baker..."
La...Marilyn Monroe rupanya...sungguh ketinggalan la aku ni! Hahahaaha....
Siapa tak kenal Marilyn Monroe yang cantik dan seksi tu.....
Inilah Marily Monroe atau nama sebenarnya Norma Jean

Komik Lagi


Yeayyyyy! Akhirnya hardcopy karikatur saya berserta dengan Komik Saga (Buatan Malaysia) dah sampai! Thanks to Akmal Aziz ! Kepada kawan2 yang nak diri mereka di "karikaturkan", silalah bagi gambar atau rerajinkan diri melihat hasil kerja kawan saya di www.tarakucha.com .
Kalau tak silap, lukisan hitam putih RM15++ dan berwarna RM30++. Apa-apa sila rujuk web dia kalau2 saya tersilap info lak! Sila sokong juga komik Buatan Malaysia-Anak Tempatan! :)

Satu gambar sejuta cerita



Satu gambar sejuta cerita! Adakah ini benar? Adakah ini tipu demi untuk menunjuk2? Atau adakah ini sebab bosan sementara nak tunggu traffic jem reda sambil lepak2 kat ofis? Atau adakah saya workaholic? Apa saja jawapan anda, tak semestinya betul kerana ini adalah suka hati saya! tapi yang pasti memang tempat kerja saya ada 1pc, 1notebook... Heheheeh

Mata Berkedip atau "Eye Twitching"

Pernah tak korang dengar atau merasa mata berkedip? Lepas tu mesti dengar orang cakap kalau berkedip belah kanan petanda baik, kalau berkedip belah kiri petanda tak baik, dan macam2 lagi la yang sewaktu dengannya. Saya sendiri pun kadang-kadang hampir percaya, tapi tolonglah! Sebenarnya adalah tidak baik untuk kita mempercayai benda2 macam tu kan? Wallau'alam~tepuk dada tanya iman :)

3 tahun lepas, dalam tahun 2009 rasanya, saya kena attend satu training ni, "Public Speaking" ke "Proffesional Speaking" ke apa ntah. Terlupa lak. So, kena buat assignment present apa2 je. Masa tu pulak mata saya asyik berkedip jek! Lepas tu ada sorang kawan saya ni dia bagi idea untuk present pasal mata berkedip ni. Disebabkan kena present dalam bahasa inggeris, so saya pun share la dalam bahasa inggeris ni yek!


EYE TWITCHING: DEFINITION:


Eye twitching is an involuntary eyelid muscle contraction that usually affects the lower eyelid.

The condition occurs and disappears spontaneously, but can sometimes last up to three weeks.

Scientific name: Myokimia or Blepharospasm

Left Eye Twitching:

A sporadic twitch in your left eye, and only your left eye which is called Myokimia, or episodic

twitching that involves the left eye. Myokymia is a spasm that causes twitching in the eyelid

muscles.

Symptoms:

In addition to having repetitive, uncontrollable twitching or spasms of your eyelid

(usually the upper lid), you may be very sensitive to light or have blurry vision.

Causes of Eye Twitching:

High caffeine intake

Anxiety, fatigue, stress & smoking.

Lack of sleep

Prolonged staring or eye strain

Irritation of the eye surface or inner eyelid

Usage of certain drugs and alcohol

Treatment:

1.Rest and relaxation.
2.Sleep
3.Reduction in Stress
4.Decrease Caffeine and Alcohol consumption
5.Warm, wet cloth for compresses.
6.In some cases, medications or medical procedures.

Tips on how to stop an eye twitch:

Determine the severity of the twitch: Is it minor or severe.

Relax. Try to eliminate stress in your daily life.

Limit caffeine.

Rest. Get plenty of sleep and take frequent breaks from the computer.

Apply warm compresses to the twitching eye and gently massage the eyelid with your finger

Try over-the-counter oral or topical (eye drop) antihistamines to slow the eyelid muscle contractions.





Lawak Kampus yang Best!

Ok, ni bukan model Lawak Kampus yek!


Shapa baca Lawak Kampus??? Ok,ok, mesti ada yang kata dah tua pun nak baca komik ni! Tua ke? Tidak salah ok. Lagipun komik tu tak cakap pun piawaian umur pembaca! Hehehehehe.
Lawak Kampus ni komik strip keluaran Gempak Starz dan kartunisnya adalah Keith. Komik strip tu apa? Setelah meng "Google" seperti biasa, saya pun dapatlah definisi di bawah, tapi dalam bahasa inggeris yek!

comic strip
1. A usually humorous narrative sequence of cartoon panels.
2. A series or serialization of such narrative sequences, usually featuring a regular cast of characters

Saya mula kenal Lawak Kampus ni masa lepas habis belajar U dalam tahun 2006 la. Itupun bermula ngan adik2 saya yg suka beli komik Gempak rasanya. Pastu bila dibukukan, kitaorang start beli bergilir-gilir (wpun most of the time i yg beli yek! ). Lawak Kampus ni kalau mengikut perkiraan saya dah ada 12 jilid. Tapi saya dah kehilangan 1 jilid (dah soal siasat adik beradik,tapi x ada sape yang nak mengaku), so saya terpaksa cari balik lagi satu jilid yang hilang. Komik ni mengisahkan persekitaran sebuah sekolah bersama beberapa karakter yang unik seperti Aditas, Vannes, Xena, Si Kosong, Tony, Bepop, dan lain-lain. Ada kawan saya cakap "kartun2 lawak kampus ni comel tapi keji"...Hahahaahaha...sebab tu la budak bawah umur tak payah baca pun xpe! Tapi ini adalah komik yang suka baca untuk bergelak ketawa dengan keji. Hehehehe.

Matahari dan Bulan

Kenapa matahari dan Bulan? Kenapa tiba-tiba? Untuk kawan-kawan saya, kalau ada sesiapa yang perasan, sejak akhir-akhir ni memang saya suka cakap pasal matahari, bulan, bintang dan pelangi. Kenapa ye? Kerana saya tertarik dengan kata-kata seorang ustaz iaitu Tuan Asmawi Tuan Umar. Dia cakap "Jadilah seperti matahari dan bulan, kerana kedua-duanya menerangi bumi."
Ya, saya tahu saya bukanlah hebat sangat. Tapi saya suka nak menerangi hidup orang lain. Keluarga, kawan-kawan dan cinta hati (eh, yang ni x confirm sape lagi)...hehehehe.

Matahari itu apa? (Jom review Sains sat!)

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Gambar sinar-X matahari

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.


Bulan pulak apa?

Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.


Ok, cukup sampai sini. Kalau nak tahu lebih, pi semak balik buku Sains Tingkatan 2-3 atau boleh Google je di zaman serba canggih ini! Sekian, Terima Kasih!

Apa makna "Shafa"?

Nama saya Norshafarina tapi orang panggil "Shafa". Ok,ok, kengkawan sekolah rendah panggil Ina. Tapi nama Shafa tu cool (peduli apa nak perasan sendiri). So, disebabkan perasan yang melampau, saja-saja la meng"Google" nama sendiri. Sekali ada satu link tu bagi definition seperti di bawah: (Sila jangan jeles!) :p


shafa

comes from arab verb "look" / (looking), became Hebrew slang for very good looking girl (babe)

Oh tidak! Pengsan+Perasan jap! Hahahahaahhaha! Ini semua boleh didapati dari Urban Dictionary:
http://www.urbandictionary.com

Art Work : My Friend


Assalamualaikum semua....

Ok, cantekkk tak lukisan ni? Ok,ok, memang tak secomel muka saya yang memang dah comel ni kan? Kan? Heheheeh...tapi karikatur ini memang comel atau lebih tepat lagi hasil kerja ini memang comel. Ini adalah hasil kerja kawan saya (kawan sekelas time sekolah rendah berhingus dulu :p). Dia seorang pelukis komik dan pereka multimedia. Boleh tengok hasil kerja dia kat sini : http://www.tarakucha.com/
Selain itu, anda juga boleh baca ulasan Berita Harian tentang hasil kerja beliau ok>>> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DiSebalikNama_RentakTarakucha/Article/index
Nama dia Akmal Aziz. Kalau korang rasa nak dia karikatur kan muka korang, silalah lawat web dia atau facebook dia yek! Harganya juga berpatutan. Bila lagi kita nak mengkarikaturkan diri sendiri kan? ;)