Ada apa dengan Melaka???

Dah nak dekat sebulan tak update blog. Dan dah sebulan backdated entri sy utk kali ini. Apa2 pun sy tetap nk share jugak tentang Melaka! Pada 17-18 March yg lepas, disebabkan kebosanan yg melampau di samping gedik2 nk wat photoshoot, maka sy, mama dan sahabat karib sy Aiza bersantai dan berehat di Melaka di samping menghayati peninggalan sejarah masa silam (eceh! patriotik kan?)...dan anda semua rakyat Malaysia...perlu diingatkan bahawa "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia!" Haaaa.....classssss tak slogan dia? Tahukan anda bahawa pada tahun 2008, Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sbg "Bandar Warisan Dunia" atau dalam bahasa org putihnya "World Heritage"...So, silalah bangga sikit! Hehehee....kalau korang nak tau apa yg best kat Melaka, bolehlah tgk gambar2 kat bawah...tapi perlu diingatkan bahawa sy mmg suka tempat bersejarah je...(propa tak??)....hehehehe...

yang ini Jonker Street...biasanya bukak 6pm ke atas...ala2 mcm petaling street kat KL


pemandandangan di sekitar Gereja lama..banyak kedai2 cenderamata...
inilah warna-warni Banda Hilir...cantik kan???


Pemandangan Muzium Islam dari luar: dalam ni terdapat sejarah kedatangan Islam, para ahli ulama yg terkenal pada zaman itu dan macam2 lagi yg berkaitan dengan Agama Islam

Kota yg dibina oleh Portugis tetapi diperkukuhkan oleh Belanda...
Kalau sesiapa nak exercise, boleh la mendaki Bukit St Paul...nanti boleh jumpa Gereja St Paul seperti gambar di bawah dan bila turun boleh juga jumpa Kota A Famosa
 
Cebisan bangunan Gereja St Paul...di dalamnya ada replika kubur2 lama
 
Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
 
Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di kaki Bukit St. Paul. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan senibina Istana Melayu, di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.



Sumber: Portal Rasmi Negeri Melaka & Wikipedia