Aku, Kau, Kita dan Ruang

Dulu...aku diingatkan...bahawa beri ruang supaya kita diberi peluang...
Dan...disebabkan kita berkongsi ruang yang sama...
Maka aku juga memberi peluang agar aku diberi ruang...
Sempit...apa kaitannya dengan ruang?
Sempit adalah apabila kita menyekat semua ruang...menutup semua ruang...
Kenapa perlu kita sempitkan segalanya? 
Sedangkan Allah menciptakan ruang yang luas?
Kenapa perlu kita sempitkan?
Bila rahmat Allah luas terbentang?
Ya Allah, walaupun aku perlukan ruangku sendiri
Tapi aku tetap memerlukan pertolonganmu...
Jauhkanlah aku dari kesempitan...

Hakcipta:MizzShafa

Apabila adik-beradik troll mak sendiri ;)

Disebabkan hari ni kami sambung cuti ke awal Muharram, maka kami adik beradik bersama mama dan babah decide untuk lunch kat Tasik Raban, salah satu restoran masakan berlauk yang popular kat Ipoh.
Sedang dalam perjalanan ketika berhenti di lampu isyarat, ada sebuah lori LUNA (pensil warna yg popular sekitar 90-an). Tiba-tiba terkeluar perbualan adik beradik yang nak men"troll" kan mak sendiri tanpa disengajakan.

Kakak: Mal, ko ingat tak masa kita sekolah rendah dulu? Mama kedekut gila nak belikan kita pensil warna kan?

Adik: betul tu! Kita siap kena pakai continue ke tahun seterusnya

Kakak: Betul tu. Lepas tu beli yg 12 batang punyaaaa...

Adik: yelah! Dahlah beli yg 12 batang punya, pastu yg pendek punya lak tu! Yg pendek2 tu la kita continue ke tahun seterusnya

Kakak: mama penah beli yg 24 punya,tp dia simpan...boleh bwk time exam je...adoiiii

Mama:amboiiiiiiiiiiiiiiii...sedapnya mengutuk mama! Cuba tgk ape hasilnya kat korg skrg?

Adik:manader hasil...kalo mama belikan kitaorg kaler pendil tiap2 thn,mesti kitaorg dh jd Leonardo Da Vincci

Kakak: betul tu! Mesti kitaorg dh jadi mcm Datuk Lat! Bertambah anak Perak yg jd kartunis! Hahahaha

Sebenarnya saja gurau2 dengan mama. Moral of the story, memang betul kata mama, ada hasilnya. Ia telah menjadikan kami anak yg berjimat cermat, tidak membazir (erkkkk?) dan tidak suka meminta-minta. We love u mama! ♥♥♥

Tanah Kubur punya cerita

Hari tu tengok drama Tanah Kubur. Ini drama favourite aku sebab setiap cerita penuh iktibar. Memang la tak semua balasan yang dipertontonkan dalam cerita tu adalah balasan sebenar tentang sesuatu perbuatan atau dosa yang spesifik. Tapi, semua perbuatan kita kat dunia ni memang akan ada balasannya.
Sambil-sambil menonton tu aku terfikir sesuatu. Korang biasa tak dengar statement "ala,biarlah aku nak buat ape pun,kubur masing-masing,aku tak susahkan korang blablablablabla..." haaaaaaaaaaa...ni aku nak bagitau kat korang ni terutama korang yang sombong dan berperasaan seperti statement di atas.

Kata2 spt "suka hati akulah,kubur masing2,aku bukan susahkan org!" adlh tidak relevan kecualilah bila anda dah mati nnt,dari mula anda start mati,anda mandi,kapan dan berjalan sendiri menggali tanah dan terus berbaring di liang lahat dan menimbus diri sendiri dgn tanah2 itu,itu baru relevan. So kalo xleh wat camtu,sila jgn sombong sangat...

Ok, itu je nak bagitau. Kepada yang sombong, mohon terasa. Sebenarnya saya mohon kita semua kena terasa.


Sekian, yang baik dari Allah SWT, yang buruk dari aku.

 

Cerpen bertajuk "Seronok" untuk Fixi...

Hari tu, publisher kegemaran aku, Fixi buat pertandingan menulis cerpen...300 patah perkataan, bertajuk "Seronok"...konon2 nak mencuba nasib,aku pun hantarlah cerpen aku...tapi belum ada rezeki nak menang...apa2 pun aku seronok menulis. Manalah tau kalau2 aku rasa nak sambung cerpen tu jadi novel? Mungkin aku boleh hantar ke Fixi kot! Apa2 pun selamat membaca ;)


Aku makin sayang dan setiap detik aku asyik dan pasti mengingatinya, kerana secara serius aku sedang dilamun cinta yang sangat dahsyat.

Tidak ada seinci dan sebesar kuman pun waktu yang tak ada dirinya di fikiran ku. Tapi kawan baikku? Mereka langsung dan tidak akan bersetuju malah tidak akan merestui hubunganku dengan sang kekasih hati! Tenaglah Lolita, itu hak kau dan masa depan kau. Dan yang paling penting, mama dan papa akan berhenti membebel malah akan gembira dan bersujud syukur apabila anak tunggal perempuan mereka berkahwin juga akhirnya. Kau akan bergelar Puan Lolita kepada sang kekasih hati, Fahimi. Seronoknya! Sangat seronok perasaan itu, seronok dicintai dan disayangi dengan sepenuh hati oleh Fahimi, seronok bertukar status, seronok dapat memuaskan hati mama dan papa, tapi adakah aku seronok apabila memikirkan semua kawan-kawan baikku?

“Kau biar betul Lolita, serius ke dengan si Fahimi tu?” soal si Fairah. “Kau nampak aku main-main ke? Aku serius, dia pun dan paling penting, kami sangat seronok bersama. Malah dia ajak kahwin, minggu depan keluarga dia datang merisik, pendek kata masuk meminang teruslah! “ ujarku dengan penuh keseronokan.
“Tolonglah! Takkan kau tak tahu masa silam dia? Dia tu gay, kau tau tak? Kalau ya pun terdesak nak bersuami, takkanlah sampai buta mata hati kau tu! Lolita yang aku kenal sangat memilih! Apa dah jadi dengan kau ni?” Shalia mula meninggikan suara.

Hujah berhemahku: “sebenarnya,korang tu yang buta hati. Dia memang gay, dulu... Tapi dia berubah, bertaubat dan yang paling penting, dia nak aku membimbing dia. Korang tak tahu apa yg aku rasa, sangat seronok dan korang tak akan faham nikmat keseronokan membantu orang ke jalan yang benar!” Fairah dan Shalia terdiam, kerana seperti biasa aku petah berhujah. Ahhh! Biarlah mereka dengan pendapat mereka dan terus curiga. Apa yang aku tahu, aku sangat seronok menunggu hari-hari yang mendatang.

Hakcipta terpelihara: mizzshafa

Dah lama tidak menulis...tolonglah baca ;)

Assalamualaikum...
Wahhh,dah 5 bulan tak ,mengomel di sini....blog pun dah bersawang,silap2 Spiderman pun boleh hinggap...ok,tak lawak ye...
Sedar tak sedar,kita dah masuk 20 Ramadhan 1434Hijrah,dan sedar tak sedar juga kita dah di penghujung Julai...
Hari ni saya nak bercakap pasal bongkak, sombong, riak, takabbur dan sewaktu dengannya.
Penyakit ni sangatlah wujud di sekeliling kita seperti yang disenaraikan di bawah dan sy ambil yang "feymesss" je..
Situasi 1 : Anda tidaklah sepandai mana, tapi suka cakap berapi-api, pendapat org langsung taknak dengar~tu maknanya anda sombong nak mampus! Lebih keji lagi bila semua yanda rasa betul tu sebenarnya salah lepas tu taknak tanya, maka itu bodoh sombong! Sikap itu tak salah kalau memang anda hidup sorang2 kat dunia ni.
Situasi2 : Anda sebenarnya orang biasa-biasa sahaja, kadang2 sampai boleh dikategorikan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi bila cakap taknak kalah. Bila cuma minum kopi di warung2, tapi di media sosial kata minum Starbuck. Bila cuma memakai barang2 Made in Thailand, tapi dikatanya branded yg dibeli di butik2. Bila tempat2 dalam Malaysia pun tKmampu nak melawat tapi plan bercuti nak oversea je. Paling malang sekali bila ko xde duit, tapi buat semua perkara di atas dengan meminjam duit orang! Ini memang bongkak tahap dewa.
Situasi 3: Anda sebenarnya tak berapa cukup ilmu agama, baru nak belajar ilmu agama, tapi cakap pasal agama mengalahkan wali Allah. Paling keji sekali bila anda yang tak berapa cukup ilmu ni sesuka hati menjatuhkan hukum ke atas sesuatu isu dan paling keji skali bila semua ilmu agama yg anda belajar tu semuanya dari internet, Facebook, Twitter, Blog tanpa langsung bertanya dan merujuk pada ahli2 agama.
Situasi 4 : Anda sememangnya bagus dalam semua perkara, bagus dalam buat kerja, membantu orang dan sebagainya. Tapi anda mahukan penghargaan, pujian yang kerap dan gemar mengungkit2. Penghargaan dan pujian itu adalah fitrah manusia dan ianya tidak salah kerana antara kebaikannya ialah boleh memotivasi diri. Yang menjadi salah ialah apabila anda mengungkit2 tidak dihargai dan dipuji, lepas tu mengungkit2 bila pemberian tu cuma sebesar kuman tapi nak diheboh bagaikan pemberian seluas lautan. Ini adalah riak namanya.
Saya rasa cukuplah 4 situasi sahaja, bukan apa, saya taknak lagi ramai orang terasa. Dan perlu diingatkan, tulisan saya tidak diniatkan kepada sesiapa, tidak ada kena mengena dengan orang yang sudah meninggal dunia, tapi ada kena mengena dengan yangmasih hidup.
Jadi,jangan cuma membaca dan renungkan sahaja. Berfikirlah. Berfikir sejenak kalau malas nak berfikir lama.
Sekian,wassalam.
Yang baik dari Allah, yang buruk dari says. :)
MizzShafa

Bila semuanya tak kena....

Sejak akhir2 ni rasa keliru,tertekan,resah...
Adakah sbb rasa tersisih? Benci? Marah?
Atau mungkin hanya penat?
Atau kerana semua di atas yg menyebabkan aku penat?
Mungkin segalanya terjawab dlm puisi di bwh...
"Sedang meletakkan fikiran di langit,tapi x sampai
Masih mencari cahaya walau diri sendiri adlh matahari
Cuba mencari pelangi walau sudah berwarna-warni
Mendongak mencari bulan tapi x mengambang
Mengira-ngira bintang tapi semua bersembunyi
Kesimpulannya,sbb penat..."
Hakmilik: mizzshafa

Try test!

Oh,punya la lembab tekno.....sy baru tau dari Galaxy Note 10.1 ni pun leh update blog tanpa guna web browser mcm biasa....cuma install Blogger dari Play Store....
Tapi belum explore lagi sejauhmana keberkesanannya :)

2012 di dalam 2013


Coretan 2012.

Assalamualaikum WBT…Salam 1Malaysia…ecehhh..

Tirai 2012 telah pun dilabuhkan dan tirai 2013 telah disingkapkan dengan jayanya pada hari ini, 1hb January 2013.

Saya tahu saya bukanlah seorang blogger yang aktif, terkenal, popular, feymesss, cemerlang, gemilang atau terbilang, tapi sebagai seorang yang mempunyai akaun blogspot, maka hak menulis adalah hak saya, tak kiralah kalau bahasa saya tidak seindah dan sepuitis bahasa para penulis atau blogger yang tersohor.

2012, 12 bulan dan 366 hari kerana tahun lompat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya. Ini adalah kerana ia merupakan tahun pertama umur saya mencecah ke angka 3, atau nama komersialnya “3 series”. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya, terlalu banyak yang saya pelajari, terlalu banyak yang saya hadapi, pendek kata terlalu banyak untuk segalanya.

Tahun ini adalah tahun di mana saya belajar untuk menjadi lebih matang dan lebih dewasa, bukan selama ni tak matang, tapi matang dalam erti kata menjadi lebih bijak untuk memerhati, menilai, menerima, mengadaptasi dan menghargai. Matang dalam erti kata mempelbagaikan persepektif untuk melihat sesuatu perkara. Matang dalam menguruskan kegembiraan dan kesedihan. Matang dalam merungkaikan persoalan di hati.

Walaupun kematangan adalah sesuatu perkara yang saya pelajari, tetapi kalau tidak disertai dengan kekuatan hati dan akal, maka ianya tidak akan bermakna. Tidak bermakna fizikal anda kuat, anda kuat dalam serba-serbi. Ya,secara fizikalnya saya tak rasa saya kuat. Tetapi jika diukur mengikut hati dan akal, saya yakin saya terlalu kuat, terlalu kuat sehingga saya sangat cekal. Terlalu kuat sehingga ada kawan-kawan mengatakan saya seorang yang hati kering dan tidak berperasaan. Terlalu kuat sehingga orang mengatakan saya sarkastik. Terlalu kuat sehingga orang menyangkakan saya tidak mempunyai sensitivity dan berperasaan halus untuk mengeluarkan air mata. Salah saya ke untuk semua gelaran di atas? Kalau bukan salah saya, salah siapa sehingga saya menjadi seperti di atas? Ya, semua di atas terjadi dengan bersebab. Semua di atas terjadi atas pengalaman-pengalaman yang lampau. Jadi, adalah wajar saya menyalahkan orang lain kan? Saya salahkan orang lain kerana menyebabkan saya menjadi seperti di atas. Ya, itu adalah jawapan tipikal kalau saya tidak matang. Bila saya tidak matang, memang saya akan menyalahkan orang lain, keadaan sekeliling dan takdir. Tapi, kerana kematangan, maka saya mampu memandang semua peristiwa buruk, suka dan duka dalam pelbagai perspektif.

Saya akui pengalaman lampau saya sangat buruk. Ditinggalkan,meninggalkan, ditikam belakang, tidak dihargai, dipermainkan dan banyak lagi (malas nak cerita sebab nnt over page), maka adalah wajar untuk saya jadi seperti saya sekarang. Tetapi, saya yakin ada sebab kenapa Allah Taala mahukan saya melalui semua perkara yang telah ditetapkan untuk saya. Jawapannya mudah, kerana DIA sayangkan saya. Kerana semua ini, saya menjadi kuat. Kerana semua ini saya menjadi matang. Kerana semua ini, saya lebih menghargai kehidupan saya, kehidupan orang lain, dan alam sekeliling. Kerana semua ini saya diberi kebijaksanaan. Kerana semua ini saya menjadi lebih positif. Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ya Allah, yang maha pengasih dan maha penyayang.

Kesimpulannya di sini, kematangan. Kematangan menjadikan kita manusia yang lebih bijak dan berguna. Dan apabila kita bersikap matang, kekuatan hati, akal dan fikiran harus dipertingkatkan agar semua dugaan, cabaran dan persoalan hidup dapat diharungi dengan gembira. Jangan bergantung kepada takdir, kerana itu akan menjadikan kita lemah dan malas. Dan paling penting sekali, berdoa. Kerana usaha tanpa doa itu adalah sombong. Jagalah hubungan kita dengan Tuhan, maka Tuhan akan menjaga hubungan kita dengan semua orang. Sekian.

Selamat Tahun Baru 2013! ;)