Dah lama tidak menulis...tolonglah baca ;)

Assalamualaikum...
Wahhh,dah 5 bulan tak ,mengomel di sini....blog pun dah bersawang,silap2 Spiderman pun boleh hinggap...ok,tak lawak ye...
Sedar tak sedar,kita dah masuk 20 Ramadhan 1434Hijrah,dan sedar tak sedar juga kita dah di penghujung Julai...
Hari ni saya nak bercakap pasal bongkak, sombong, riak, takabbur dan sewaktu dengannya.
Penyakit ni sangatlah wujud di sekeliling kita seperti yang disenaraikan di bawah dan sy ambil yang "feymesss" je..
Situasi 1 : Anda tidaklah sepandai mana, tapi suka cakap berapi-api, pendapat org langsung taknak dengar~tu maknanya anda sombong nak mampus! Lebih keji lagi bila semua yanda rasa betul tu sebenarnya salah lepas tu taknak tanya, maka itu bodoh sombong! Sikap itu tak salah kalau memang anda hidup sorang2 kat dunia ni.
Situasi2 : Anda sebenarnya orang biasa-biasa sahaja, kadang2 sampai boleh dikategorikan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi bila cakap taknak kalah. Bila cuma minum kopi di warung2, tapi di media sosial kata minum Starbuck. Bila cuma memakai barang2 Made in Thailand, tapi dikatanya branded yg dibeli di butik2. Bila tempat2 dalam Malaysia pun tKmampu nak melawat tapi plan bercuti nak oversea je. Paling malang sekali bila ko xde duit, tapi buat semua perkara di atas dengan meminjam duit orang! Ini memang bongkak tahap dewa.
Situasi 3: Anda sebenarnya tak berapa cukup ilmu agama, baru nak belajar ilmu agama, tapi cakap pasal agama mengalahkan wali Allah. Paling keji sekali bila anda yang tak berapa cukup ilmu ni sesuka hati menjatuhkan hukum ke atas sesuatu isu dan paling keji skali bila semua ilmu agama yg anda belajar tu semuanya dari internet, Facebook, Twitter, Blog tanpa langsung bertanya dan merujuk pada ahli2 agama.
Situasi 4 : Anda sememangnya bagus dalam semua perkara, bagus dalam buat kerja, membantu orang dan sebagainya. Tapi anda mahukan penghargaan, pujian yang kerap dan gemar mengungkit2. Penghargaan dan pujian itu adalah fitrah manusia dan ianya tidak salah kerana antara kebaikannya ialah boleh memotivasi diri. Yang menjadi salah ialah apabila anda mengungkit2 tidak dihargai dan dipuji, lepas tu mengungkit2 bila pemberian tu cuma sebesar kuman tapi nak diheboh bagaikan pemberian seluas lautan. Ini adalah riak namanya.
Saya rasa cukuplah 4 situasi sahaja, bukan apa, saya taknak lagi ramai orang terasa. Dan perlu diingatkan, tulisan saya tidak diniatkan kepada sesiapa, tidak ada kena mengena dengan orang yang sudah meninggal dunia, tapi ada kena mengena dengan yangmasih hidup.
Jadi,jangan cuma membaca dan renungkan sahaja. Berfikirlah. Berfikir sejenak kalau malas nak berfikir lama.
Sekian,wassalam.
Yang baik dari Allah, yang buruk dari says. :)
MizzShafa

Bila semuanya tak kena....

Sejak akhir2 ni rasa keliru,tertekan,resah...
Adakah sbb rasa tersisih? Benci? Marah?
Atau mungkin hanya penat?
Atau kerana semua di atas yg menyebabkan aku penat?
Mungkin segalanya terjawab dlm puisi di bwh...
"Sedang meletakkan fikiran di langit,tapi x sampai
Masih mencari cahaya walau diri sendiri adlh matahari
Cuba mencari pelangi walau sudah berwarna-warni
Mendongak mencari bulan tapi x mengambang
Mengira-ngira bintang tapi semua bersembunyi
Kesimpulannya,sbb penat..."
Hakmilik: mizzshafa

Try test!

Oh,punya la lembab tekno.....sy baru tau dari Galaxy Note 10.1 ni pun leh update blog tanpa guna web browser mcm biasa....cuma install Blogger dari Play Store....
Tapi belum explore lagi sejauhmana keberkesanannya :)

2012 di dalam 2013


Coretan 2012.

Assalamualaikum WBT…Salam 1Malaysia…ecehhh..

Tirai 2012 telah pun dilabuhkan dan tirai 2013 telah disingkapkan dengan jayanya pada hari ini, 1hb January 2013.

Saya tahu saya bukanlah seorang blogger yang aktif, terkenal, popular, feymesss, cemerlang, gemilang atau terbilang, tapi sebagai seorang yang mempunyai akaun blogspot, maka hak menulis adalah hak saya, tak kiralah kalau bahasa saya tidak seindah dan sepuitis bahasa para penulis atau blogger yang tersohor.

2012, 12 bulan dan 366 hari kerana tahun lompat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya. Ini adalah kerana ia merupakan tahun pertama umur saya mencecah ke angka 3, atau nama komersialnya “3 series”. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup saya, terlalu banyak yang saya pelajari, terlalu banyak yang saya hadapi, pendek kata terlalu banyak untuk segalanya.

Tahun ini adalah tahun di mana saya belajar untuk menjadi lebih matang dan lebih dewasa, bukan selama ni tak matang, tapi matang dalam erti kata menjadi lebih bijak untuk memerhati, menilai, menerima, mengadaptasi dan menghargai. Matang dalam erti kata mempelbagaikan persepektif untuk melihat sesuatu perkara. Matang dalam menguruskan kegembiraan dan kesedihan. Matang dalam merungkaikan persoalan di hati.

Walaupun kematangan adalah sesuatu perkara yang saya pelajari, tetapi kalau tidak disertai dengan kekuatan hati dan akal, maka ianya tidak akan bermakna. Tidak bermakna fizikal anda kuat, anda kuat dalam serba-serbi. Ya,secara fizikalnya saya tak rasa saya kuat. Tetapi jika diukur mengikut hati dan akal, saya yakin saya terlalu kuat, terlalu kuat sehingga saya sangat cekal. Terlalu kuat sehingga ada kawan-kawan mengatakan saya seorang yang hati kering dan tidak berperasaan. Terlalu kuat sehingga orang mengatakan saya sarkastik. Terlalu kuat sehingga orang menyangkakan saya tidak mempunyai sensitivity dan berperasaan halus untuk mengeluarkan air mata. Salah saya ke untuk semua gelaran di atas? Kalau bukan salah saya, salah siapa sehingga saya menjadi seperti di atas? Ya, semua di atas terjadi dengan bersebab. Semua di atas terjadi atas pengalaman-pengalaman yang lampau. Jadi, adalah wajar saya menyalahkan orang lain kan? Saya salahkan orang lain kerana menyebabkan saya menjadi seperti di atas. Ya, itu adalah jawapan tipikal kalau saya tidak matang. Bila saya tidak matang, memang saya akan menyalahkan orang lain, keadaan sekeliling dan takdir. Tapi, kerana kematangan, maka saya mampu memandang semua peristiwa buruk, suka dan duka dalam pelbagai perspektif.

Saya akui pengalaman lampau saya sangat buruk. Ditinggalkan,meninggalkan, ditikam belakang, tidak dihargai, dipermainkan dan banyak lagi (malas nak cerita sebab nnt over page), maka adalah wajar untuk saya jadi seperti saya sekarang. Tetapi, saya yakin ada sebab kenapa Allah Taala mahukan saya melalui semua perkara yang telah ditetapkan untuk saya. Jawapannya mudah, kerana DIA sayangkan saya. Kerana semua ini, saya menjadi kuat. Kerana semua ini saya menjadi matang. Kerana semua ini, saya lebih menghargai kehidupan saya, kehidupan orang lain, dan alam sekeliling. Kerana semua ini saya diberi kebijaksanaan. Kerana semua ini saya menjadi lebih positif. Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ya Allah, yang maha pengasih dan maha penyayang.

Kesimpulannya di sini, kematangan. Kematangan menjadikan kita manusia yang lebih bijak dan berguna. Dan apabila kita bersikap matang, kekuatan hati, akal dan fikiran harus dipertingkatkan agar semua dugaan, cabaran dan persoalan hidup dapat diharungi dengan gembira. Jangan bergantung kepada takdir, kerana itu akan menjadikan kita lemah dan malas. Dan paling penting sekali, berdoa. Kerana usaha tanpa doa itu adalah sombong. Jagalah hubungan kita dengan Tuhan, maka Tuhan akan menjaga hubungan kita dengan semua orang. Sekian.

Selamat Tahun Baru 2013! ;)

Serabut...

Dear Shafa,pls be nice to yourself...
Dear Shafa, jgn terbang tinggi sangat,

skali terjatuh sakit sangaaaat...tp jgn x terbang langsung,kalo x, x akan nmpk pemandangan menarik...
Dear Shafa,pipit ngan pipit,enggang ngan enggang...wpun sesama burung,tp tetap lain jenis...
Dear Shafa,ini adlh sajak yg plg ntah pape utk tenangkan diri....sekian terima kasih

Tolong...

Tolong suruh alihkan pandangan
Tolong jgn buat tersenyum
Tolong jangan diketuk
Tolong jgn disentuh
Tolong jgn di 'pelangi'kan
Tolong jgn di'matahari'kan
Tolong jn berbunga
Tolong,tolong,tolong
Tolong tolong menolong aku...

Hidup ini bukan kita yang punya...

Aku adalah peminat novel terbitan FIXI. Walaupun banyak suara2 hitam yg berkata2 tentang novel2 urban ini, aku tak peduli...kerana aku hanya mahu membaca, membaca dan membaca. Semalam, aku baru berkesempatan membaca buku cerepen tulisan Nadia Khan dan seperti biasa, dia tidak pernah mengecewakan. Salah satu faktor utama kenapa aku suka baca tulisan dia adalah kerana hampir setiap ayat2 nya boleh mengundang idea, mencetus ilham, seperti apa yg ku alami sekarang. Salah satu tajuk cerpen yang menyentuh hatiku ialah "Pinjam masamu,kak..." dan salah satu ayat yang mengoyak2 hatiku, menggelegak otakku ialah "Kadangkala hidup ini bukan kita yang punya..." maka, aku rasa nak meroyan dengan sajak yang ntah pape seperti di bawah...

Hidup ini bukan kita yang punya
Bila pergi ke sekolah itu bukan pilihanmu
Hidup ini bukan kita yang punya
Bila kursus yang kau pilih di universiti bukan pilihanmu
Hidup ini bukan kita yang punya
Bila kerja yang kau pilih bukan pilihanmu
Hidup ini bukan kita yang punya
Bila kau masih fikir apa orang lain kita
Hidup ini bukan kita yang punya
Bila kau masih peduli kesakitan yang kau ada
Hidup ini bukan kita yang punya
Bila kita masih mematuhi kata2 mereka2
Hidup ini bukan kita yang punya
Selagi kau masih berkongsi
Maka, hidup ini sebenarnya bukan kita yang punya
Kerana kita adalah milik Allah
Dan juga kerana hanya DIA yg memiliki segalan-galanya...

Renung2 kan :)

p/s: Thanks to Nadia Khan atas tulisan buku dia yg sgt superb! Harap2 Publisher Fixi nak terbitkan puisi pulak! hahahaha

Aku menulis...

Aku menulis
Bila tiada siapa ingin mendengar
Aku menulis
Bila ku penat dengan hingar bingar
Aku menulis
Kerana aku yakin tidak akan ditolak
Aku menulis
Kerana aku tidak mahu membentak
Aku menulis
Setelah aku melihat sekeliling
Aku menulis
Setelah aku berpaling
Aku menulis
Demi untuk sesuap ilmu
Aku menulis
Demi untuk secebis pendapat
Aku menulis
Untuk mengimbangi marahku
Aku menulis
Untuk mengimbangi rasa sayangku
Jadi untuk apa aku menulis?
Aku menulis
Untuk diriku,diriku dan diriku

Hakcipta: MizzShafa