Fesyen untuk mereka yang "Comel"

Hari ini sy nak bercakap tentang fesyen. Firstly, sy nak ucapkan terima kasih kpd Mr.Wan Kamalhadi @ http://agezine.blogspot.com/ kerana bg permission untuk sy kongsikan artikel nie.



Ramai yang menyangka Fesyen hanyalah untuk mereka2 yg "cantik", tinggi lampai, berkulit cerah, pendek kata untuk mereka yg mempunyai "perfect figure". Bagi sy, ia adalah salah sama sekali, terutama dalam era millenium. Fesyen adalah untuk semua. Bagi mereka2 yang tidak mempunyai "perfect figure", mereka juga punya punya hak untuk berfesyen. Dan ingin juga saya tekankan di sini bahawa cantik bukanlah sesuatu yang hanya terlihat di mata, tetapi cantik juga boleh dinilai dari perspektif yang berbeza.


Berikut adalah beberapa tips daripada pakar untuk "si comel" kita bergaya dengan penuh yakin!

Bercakap tentang pemilihan fesyen pula, bagi golongan yang bersaiz besar, mereka sering berasa sukar untuk memilih pakaian yang sesuai. Tambahan pula, pakaian yang bersaiz XXXL dan XXXXL sukar untuk didapati di Malaysia.
Namun, itu semua bukan satu halangan bagi mereka untuk bergaya dan mengikut trend semasa. Jadi, di sini ingin saya kongsikan tips-tips pemilihan pakaian untuk golongan yang berbadan besar agar sentiasa kelihatan yakin tampil di khalayak ramai.

  1. Kebanyakan wanita yang berbadan gempal lebih suka memilih pakaian berwarna hitam. Jika begini fesyen anda seperti orang berkabung.
  2. Jangan bimbang memilih kain berwarna garang, corak besar dan menarik.
  3. Jangan pilih kain yang terlalu lembut seperti satin dan lycra kerana bentuk badan yang hendak disembunyikan akan lebih ketara.
  4. Apabila membuat baju, blaus atau skirt, usah memilih fesyen yang beropol kerana anda akan kelihatan lebih besar.
  5. Pilih lengan baju potongan penuh atau tiga suku kerana berlengan pendek akan menyebabkan bahagian lengan kelihatan besar dan berisi.
  6. Apabila memilih seluar panjang, potongan lurus dan tidak mempunyai poket lebih sesuai manakala panjang skirt pula lebih menarik jika ia di bawah paras lutut.
  7. Elak pakaian mini iaitu potongan di atas paras lutut dan ketat.
  8. Jika leher anda agak pendek, elak kenakan fesyen pakaian yang mempunyai kolar kerana seolah-olah kepala anda terperosok ke dalam kolar baju. Sebaliknya pilih fesyen berleher V.

Kini, semakin banyak butik yang menawarkan pakaian bersaiz besar yang cantik dan berfesyen. Asalkan sanggup mengeluarkan belanja lebih, pilihan memang ada di mana-mana. Sebagai contoh, Butik Moleque yang beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, menawarkan pakaian bersaiz besar, Butik Real yang terletak di aras satu pusat membeli belah MidValley dan juga Butik Peace di Wangsa Walk dan juga butik2 lain yg x dapat disebutkan di sini turut menawarkan pakain yang bersaiz besar.

Selain itu, terdapat beberapa jenama yang khusus untuk plus size seperti Ms.Read, East India, Scarlet dan banyak lagi.

Akhir kata, di dalam dunia fesyen tidak wujud sebarang diskriminasi rehadap mana-mana golongan tidak kira kecil, besar, tua atau muda, asalkan kena pada tempatnya kerana fesyen adalaah untuk semua.

3 comments:

  1. mak aku cakap kat aku mmg tak kuruslah aku selagi ade jual baju saiz xxxxxl nie shafa.....hehehhe

    ReplyDelete
  2. ala ena.....ckp mak kau, usaha, tetap usaha...cuma kita ada backup jek! hehehe

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..sebab ade backup la jd ngade2 xbley nk kurus..i nak propose kat kilang la no more production xxxxxl size lps ni..

    ReplyDelete