Matahari dan Bulan

Kenapa matahari dan Bulan? Kenapa tiba-tiba? Untuk kawan-kawan saya, kalau ada sesiapa yang perasan, sejak akhir-akhir ni memang saya suka cakap pasal matahari, bulan, bintang dan pelangi. Kenapa ye? Kerana saya tertarik dengan kata-kata seorang ustaz iaitu Tuan Asmawi Tuan Umar. Dia cakap "Jadilah seperti matahari dan bulan, kerana kedua-duanya menerangi bumi."
Ya, saya tahu saya bukanlah hebat sangat. Tapi saya suka nak menerangi hidup orang lain. Keluarga, kawan-kawan dan cinta hati (eh, yang ni x confirm sape lagi)...hehehehe.

Matahari itu apa? (Jom review Sains sat!)

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Gambar sinar-X matahari

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.


Bulan pulak apa?

Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.


Ok, cukup sampai sini. Kalau nak tahu lebih, pi semak balik buku Sains Tingkatan 2-3 atau boleh Google je di zaman serba canggih ini! Sekian, Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment